Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BERNIAGA DI TIKTOK HANYA 1 FOLLOWER

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2023

PEDi Sg Rambai berkolaborasi bersama Laman Wanita menganjurkan kelas TikTok Seller Centre kepada usahawan yang ingin mencuba untuk memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi TikTok...baca selanjutnya

BENGKEL ASAS SHOPEE DAN SHOPEE SELLER CENTRE

Aktiviti Terkini | 8 November 2023

PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi sekali lagi bersama Giatmara Sg Rambai menganjurkan Bengkel Asas Shopee dan Shopee Seller Centre Bahagian 2 kepada pelajar-pelajar Giatmara Sg Rambai bagi jurusan jahitan dan kimpalan...baca selanjutnya

KELAS ASAS KEUSAHAWAN DAN ASAS KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2023

Seorang usahawan perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik supaya perniagaan mereka memiliki persediaan awal awal untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dalam perniagaan dan juga sebagai dorongan pada masa hadapan...baca selanjutnya

BENGKEL ASAS SHOPEE DAN SHOPEE SELLER CENTRE

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2023

PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama Giatmara Sg Rambai menganjurkan bengkel asas Shopee dan Shopee Seller Centre kepada pelajar-pelajar tahun 2 Giatmara Sg Rambai jurusan kimpalan...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN : BASIC TIKTOK CREATIVE CONTENTS, BASIC TIKTOK ADS & BASIC FINANCE MANAGEMENT

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Merlimau,PEDi Serkam dan PEDi Kemendor untuk mengadakan Program Keusahawanan...baca selanjutnya

PROGRAM TREASURE HUNT HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9 September 2023

PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Merlimau,PEDi Serkam dan PEDi Kemendor untuk mengadakan Program Hari Malaysia berkonsepkan ‘treasure hunt’ bersama komuniti di PEDi Serkam...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN: KELAS META ADS UNTUK BISNES

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2023

Memperkenalkan fungsi META Ads kepada para usahawan untuk membantu mereka meluaskan bisnes dan produk mereka di platform sosial media seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp dengan cara pengiklanan yang berbayar.................baca selanjutnya

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Memberi pendedahan kepada pelatih Giatmara tentang usahawan digital................baca selanjutnya

PROGRAM MICRO:BIT

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2023

Mendedahkan tentang asas elektronik, pengaturcaraan dan membina projek ringkas kepada para peserta. ...............baca selanjutnya

KURSUS TIKTOK SHOP FOR BUSINESS 2.0

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2023

Memperkenalkan platform Tiktok Shop kepada usahawan-usahawan kecil yang berminat mengembangkan bisnes mereka di platform ini. ...............baca selanjutnya

KURSUS ASAS WHATSAPP BUSINESS

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2023

Untuk menggalakkan usahawan-usahawan menggunakan Whatsapp Business kerana ia lebih mudah untuk mereka yang berniaga...............baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Mengeratkan silaturrahim antara semua yang terlibat. ..............baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA BULAN RAMADHAN (BAHAGIAN 2)

Aktiviti Terkini | 8 April 2023

Mengetahui kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. ..............baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023

Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam..............baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN PENYERAHAN SIMCARD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2023

Program Klik dengan Bijak ialah satu kempen kesedaran awam tentang keselamatan internet yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Kempen ini disasarkan kepada golongan yang terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga..............baca selanjutnya

PROGRAM UNI EVENT: TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL DAN PENYERAHAN SIMKAD DIGI

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2023

Mendedahkan platform-platform digital bagi pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan............baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN PEDi SG RAMBAI DAN PEDi TAMAN SERI KEMENDOR

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Melatih kebolehan imaginasi kanak-kanak...........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya