PROGRAM SEMPENA BULAN RAMADHAN (BAHAGIAN 2)
Aktiviti terkini | 8 April 2023Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Serkam Maju
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung di PEDi Serkam dengan Kerjasama PEDi Sg Rambai, PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Taman Muhibbah Merlimau.
• Tayangan berkonsepkan Ramadhan telah dikongsi untuk program kali ini kepada para peserta.
• Kemudian, peserta di berikan kuiz berkaitan dengan tayangan yang telah ditayangkan untuk menguji pemahaman mereka.
Tujuan :
• Mengetahui kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan.
• Mengeratkan silaturrahim antara semua yang terlibat.
• Memperkenalkan PEDi dan servis yang dijalankan oleh PEDi kepada komuniti.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung secara fizikal di PEDi Serkam Maju dengan kolaborasi bersama PEDi Sg Rambai, PEDi Merlimau dan PEDi Taman Seri Kemendor.
• Program bermula dari jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang.
• Tayangan tentang kisah Ramadhan telah berlangsung selama 1 jam.
• Kemudian, peserta diuji dengan kuiz berkaitan tayangan untuk menguji pemahaman mereka tentang kisah tersebut.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta lebih memahami kebaikan dan kelebihan di bulan Ramadhan.
• Peserta tahu tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai orang Islam.
• Mengambil iktibar dalam cerita yang ditayangkan.
• Menerangkan dan mengwar-warkan peranan PEDi kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :