Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.
Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.
Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.
Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Rapid Typing Online Game
Aktiviti Terkini | 15 Disember 2017Dapat merapatkan jurang antara satu sama lain, menjalinkan kerjasama diantara komuniti setempat dan luar... baca selanjutnya
E-waste dan Klik Dengan Bijak2
Aktiviti Terkini | 20 November 2017Bertujuan untuk mendidik tentang kesedaran e-waste dan program Klik dengan bijak... baca selanjutnya
E-waste dan Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2017Bertujuan untuk meberikan kesedaran e-waste dan program KDB... baca selanjutnya
Kuiz Kahoot
Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2017Bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kuiz kahoot yang telah disediakan... baca selanjutnya
E-waste dan Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 16 September 2017Belajar untuk mengenal barangan elektronik seperti telefon bimbit yang boleh dikitarsemula dan... baca selanjutnya
Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)
Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017Aktiviti ini dapat mengetengahkan bakat pelajar dalam mencipta robot, mendidik pelajar agar dapat mencipta robot yang... baca selanjutnya
Mencipta Surat Rasmi Secara Online
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017Bertujuan untuk membantu pelajar mahir untuk mencipta surat dengan format yang betul... baca selanjutnya
Kuiz Kahoot bersama ahli PI1M Sungai Rambai
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2017Memberikan pendedahan kepada pelajar yang hadir tentang kuiz dan komputer... baca selanjutnya
Program Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017
Aktiviti Terkini | 25 - 27 April 2017Mengajar asas-asas robotic kepada pelajar dan dapat membantu meningkatkan kemahiran tentang robitik... baca selanjutnya
Penulisan & Format Standing Instructions & Letter of Understanding(Microsoft Word for Business)
Aktiviti Terkini | 26 - 28 Mac 2017Program ini dapat membentuk generasi veteran yang celik IT dan memberi pendedahan kepada generasi veteran akan kemahiran ICT... baca selanjutnya
The Foos.com(daripada Code.Org)
Asas Pengaturcaraan Sambil Bermain
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017
The Foos.com merupakan satu permainan flash (flash-game) yang menguji kemahiran peserta dari segi pengaturcaraan logik. Secara asasnya permainan ini... baca selanjutnya
Spritebox (Pengaturcaraan Komputer untuk Pelajar Sekolah Rendah)>
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017Spritebox merupakan satu permainan flash browser berkonsepkan commands dalam pengaturcaraan komputer. Ia menguji kemahiran berfikir secara logik mengarahkan karakter menyelesaikan puzzle dalam setiap... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya
WiFI KOMUNITI (WK) KINI TERSEDIA DI SEKITAR PARIT PENGHULU
4 Disember 2015 | Berita TerkiniInisiatif WiFi Komuniti (WK) adalah satu program di bawah MCMC dalam menyediakan perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di lokasi-lokasi yang terpilih terumatanya kawasan luar bandar di seluruh negara.Kini hotspot WK telah wujud di sekitar PI1M Sg Rambai untuk kegunaan semua warga kampung terdekat secara PERCUMA. Klik pautan ini untuk ketahui cara mendaftar sebagai pengguna baru wifi komuniti (WK). Pendaftaran hanya sekali sahaja!