BERNIAGA DI TIKTOK HANYA 1 FOLLOWER

Aktiviti terkini |19 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Laman Wanita Jasin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai berkolaborasi bersama Laman Wanita menganjurkan kelas TikTok Seller Centre kepada usahawan yang ingin mencuba untuk memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi TikTok.
• Seramai 4 orang usahawan yang menyertai kelas ini.
• Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah Rakan Digital PEDi Sg Rambai.

Tujuan :
• Memperkenalkan TikTok Seller Centre kepada usahawan yang ingin memasarkan produk-produk mereka.
• Membantu usahawan memperluaskan pasaran perniagaan mereka serta menjana pendapatan tambahan.
• Mempromosikan peranan dan khidmat yang ditawarkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Rakan Digital.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama Laman Wanita menganjurkan kelas TikTok Seller Centre Berniaga di TikTok Hanya 1 Follower kepada usahawan baru.
• Seramai 4 orang usahawan telah hadir dalam kelas ini.
• Kelas ini berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 2:00 petang.
• Usahawan didedahkan dan mempelajari Pengenalan TikTok, Pendaftaran TikTok Seller Centre, cara memuatnaik produk jualan, Pengurusan pesanan dan kewangan.

Kelebihan Aktiviti :
• Usahawan-usahawan dapat mengenali fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta perkhidmatan yang disediakan.
• Mumpunyai maklumat serta pengenalan dan khidmat yang ditawarkan mengenai Rakan Digital.
• Usahawan dapat belajar tentang platform e-dagang Tiktok yang semakin meluas penggunaannya.
• Usahawan dapat menjana ekonomi tambahan melalui platform TikTok Seller Centre ini dengan menjual produk mereka sendiri.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :