Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.
Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.
Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.
Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Gotong-Royong Tahun 2018
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2018Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bahagian dalam dan luar pusat internet... baca selanjutnya
Malaysia ICT Volunteering Program
Aktiviti Terkini | 17 November 2018Dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya
Roadshow Digi Pusat Internet Bersama Komuniti
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018Program anjuran Pusat Internet Kampung Chabau dan membina silaturrahim dan meningkatkan pengetahuan... baca selanjutnya
Hari Potensi dan Inovasi
Aktiviti Terkini | 24 September 2018Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya
Sambutan Hari Kemerdekaan
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018Dapat mencetuskan dan menyemarakan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan... baca selanjutnya
Advokasi (Klik Dengan Bijak)
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2018Dapat melahirkan pengguna yang celik teknologi (Bijak Internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri... baca selanjutnya
Program Mengacau Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT Taman Seri Serkam
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama, disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PI dengan komuniti setempat... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Masjid Baru
Aktiviti Terkini | 13 Mei 2018Hari Terbuka PI1M diadakan pada setiap tahun untuk memperkenalkan dan mempromosikan PI1M kepada masyarakat luar. Dengan adanya aktiviti seperti ini, penduduk setempat lebih mengenali PI1M dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan di PI1M... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Chabau
Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi
Aktiviti Terkini | 13, 20 & 27 April 2018Bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan( E-Rezeki )-Menjana Pendapatan Secara Digital
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018Aktiviti latihan keusahawanan menyediakan pakej untuk bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing... baca selanjutnya
Aktiviti Membuat Folio
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2018Melakukan aktiviti membuat folio bersama ahli PI1M dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah... baca selanjutnya
Klik dengan Bijak & E-waste
Aktiviti Terkini | 17 Januari 2018Dapat meningkatkan kesedaran tentang klik dengan bijak dan e-waste dikalangan remaja... baca selanjutnya