PROGRAM SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini | 17 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan PEDi Sg Rambai

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Sempena sambutan bulan Ramadhan nanti, PEDi Sg Rambai telah menganjurkan program dan kuiz untuk kanak-kanak sekitar Sg Rambai berkonsepkan Ramadhan.
• Peserta diajari tentang maksud dan kelebihan bulan Ramadhan dan seterusnya, kuiz Kahoot dijalankan untuk menguji pemahaman mereka.

Tujuan :
• Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.
• Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran.
• Mengetahui kebaikan dan kelebihan di bulan Ramadhan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Seramai 10 orang peserta berusia 8-12 tahun telah menyertai program ini.
• Pertama sekali, staf menerangkan dengan lebih mendalam tentang bulan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan bulan yang mulia ini.
• Untuk sesi ini, QnA juga dijalankan jika peserta tidak faham dan ingin menyuarakan pendapat dan pengalaman mereka mula berpuasa.
• Kemudian, untuk menguji pemahaman peserta, kuiz Kahoot! tentang apa yang mereka telah belajar dijalankan.
• Kahoot! adalah satu aplikasi kuiz berkonsepkan game-based learning yang menarik.
• Peserta masuk ke aplikasi ini menggunakan nama masing-masing dan mereka menjawab soalan. Markah dan peserta yang mendapat markah yang banyak akan tertera di medium ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Kanak-kanak lebih memahami kebaikan dan kelebihan di bulan Ramadhan.
• Kanak-kanak dapat belajar sambil bermain dengan menjawab soalan di aplikasi Kahoot!
• Menerangkan dan mengwar-warkan peranan PEDi kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :