PROGRAM TREASURE HUNT HARI MALAYSIA
Aktiviti terkini | 9 September 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Serkam Maju
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Merlimau,PEDi Serkam dan PEDi Kemendor untuk mengadakan Program Hari Malaysia berkonsepkan ‘treasure hunt’ bersama komuniti di PEDi Serkam.
• Program ini juga kolaborasi bersama antara PEDi dan Rumah Halaqah MAIM dan JAIM.
Tujuan :
• Aktiviti ‘treasure hunt’ adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi.
• Peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mendapatkan klu.
• Sepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang melibatkan minda dan kecergasan diri.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai bersama PEDi Serkam Maju, PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Kemendor telah berkolaborasi bersama Rumah Halaqah MAIM dan JAIM menganjurkan Program Treasure Hunt sempena Hari Malaysia.
• Seramai 16 orang peserta melibatkan kanak-kanak berumur 9-13 tahun telah menyertai program ini.
• Peserta telah dibahagikan sebanyak 4 kumpulan (merah, biru, kuning dan ungu).
• Terdapat 4 checkpoint di mana setiap checkpoint peserta perlu melakukan aktiviti mengikut arahan yang diterima.
• Kumpulan yang mengumpul markah yang terbanyak diisytihar sebagai pemenang.
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturrahim dan semangat berpasukan antara para peserta dan para fasilitator.
• Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
• Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
• Memahami dan menyelami semangat kemerdekaan.
Nama VIP :
• Puan Maszni Penyelaras Rumah Halaqah MAIM & JAIM
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :