PROGRAM UNI EVENT: TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL DAN PENYERAHAN SIMKAD DIGI

Aktiviti terkini | 17 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh, Muar Johor

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai dan PEDi Tanjung Emas telah terpilih untuk menjayakan program UNI event anjuran pihak CelcomDigi di UTHM Pagoh bersama pelajar-pelajar universiti tersebut.
• Pihak CelcomDigi telah meminta wakil PEDi supaya memberikan taklimat keusahawan kepada para pelajar.

Tujuan :
• Mendedahkan platform-platform digital bagi pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan.
• Menyerahkan simka d Digi pakej Keluarga Malaysia secara percuma kepada pelajar-pelajar.
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan peranan Rakan Digital kepada pelajar-pelajar.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Rakan Digital PEDi Sg Rambai dan PEDi Tg Emas telah menjadi wakil memberikan taklimat keusahawan kepada para pelajar bertajuk Usahawan Digital.
• Program ini melibatkan lebih kurang 60 orang para pelajar Tahun 1 UTHM Pagoh.
• Encik Chan dari Sales Team Digi telah menjadi wakil memberikan taklimat tentang tawaran yang telah disediakan oleh CelcomDigi kepada para pelajar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi dan Rakan Digital kepada para pelajar universiti.
• Para pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan tahu tentang platform-platform yang mereka boleh guna untuk memulakan perniagaan.
• Para pelajar tahu tentang tawaran dan promosi yang disediakan pihak CelcomDigi khas untuk pelajar universiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :