TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL

Aktiviti terkini | 13 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Giatmara Jasin (Sungai Rambai)

Nama VIP :
• Encik Zuhairi bin Ishak (Tenaga Pengajar Kanan Giatmara Sungai Rambai)

Ringkasan Aktiviti :
• Giatmara Sungai Rambai telah mengadakan Minggu Mesra Pelatih pada 10 Julai 2023 hingga 14 Julai 2023.
• Pihak pengurusan Giatmara telah menjemput PEDi Sg Rambai untuk memberi taklimat bertajuk Keusahawan Digital kepada para pelatih baru yang terlibat.
• Taklimat telah diberikan oleh Rakan Digital Sg Rambai.
• Intipati taklimat merangkumi
i. Pengenalan Pusat Ekonomi Digital & Rakan Digital
ii. Pengenalan E-Dagang
iii. Persediaan sebagai Usahawan Digital
iv. Pendendahan kepada Kepentingan Pendaftaran SSM

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelatih Giatmara tentang usahawan digital.
• Memberi pendedahan tentang platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.
• Memberi pendedahan tentang kepentingan dan kebaikan pendaftaran perniagaan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pihak PEDi Sg Rambai telah mendapat jemputan memberi taklimat tentang Keusahawan Digital semasa minggu orientasi pelatih pada 13 Julai 2023.
• PEDi Sg Rambai telah menjemput PEDi Serkam, PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan PEDi Kemendor untuk sama-sama menjayakan program ini.
• Taklimat ini telah diberikan oleh Rakan Digital Sg Rambai selama 2 jam.
• Rakan Digital Sg Rambai menerangkan dengan lebih terperinci tentang Pusat Ekonomi Digital, peranan Rakan Digital, ciri-ciri untuk menjadi usahawan digital, pengenalan tentang platform e-dagang, dan juga pendedahan tentang pendaftaran SSM diikuti dengan sesi QnA oleh para pelatih.


Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan ramai usahawan digital dalam kalangan pelajar.
• Pelajar-pelajar tahu dan faham cara-cara untuk menjadi usahawan digital dan platform e-dagang yang mereka boleh ceburi.
• Mendedahkan peranan PEDi dan Rakan Digital kepada pelajar-pelajar dan orang ramai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :