PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN Pedi SG RAMBAI DAN Pedi TAMAN SERI KEMENDOR

Aktiviti terkini | 14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Seri Kemendor

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Untuk program bulan Januari PEDi Sg Rambai berkolaborasi dengan PEDi Taman Seri Kemendor menganjurkan program mewarna sempena tahun baru.
• Program ini bertujuan untuk mengembangkan bakat seni dalam diri mereka.
• Seramai 10 orang kanak-kanak telah menjadi peserta dalam program ini.

Tujuan :
• Melatih kebolehan imaginasi kanak-kanak.
• Mewarna dapat melatih kanak-kanak memberikan tumpuan dan perhatian kepada aktiviti yang dilakukan.
• Merangsang kreativiti kanak-kanak seperti dapat berfikir tentang kombinasi warna yang boleh digunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnakan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti mewarna melahirkan kanak-kanak berfikiran kreatif dan dapat menerapkan bakat dalam diri melalui pertandingan yang dianjurkan.
• Kanak-kanak diberikan sehelai kertas setiap seorang sebelum memulakan pertandingan.
• Kemudian, kanak-kanak diberikan masa untuk mewarna mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan staf PEDi.
• Kanak-kanak yang mewarna secara kreatif serta inventif diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas kerja keras yang dilakukan selama beberapa jam setelah memerah idea menghasilkan karya seni mengikut kreativiti.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu membina imaginasi kanak-kanak terhadap ilustrasi dan objek dalam lukisan yang diwarnakan.
• Mendidik minda kanak-kanak untuk berfikiran lebih terbuka dan lebih kreatif.
• Mendidik kanak-kanak erti perkongsian semasa menggunakan warna secara berkumpulan.
• Kanak-kanak tahu tentang peranan dan aktiviti yang bakal dijalankan oleh pihak PEDi pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :