PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PENDUDUK KAMPUNG SERI KESANG, ANJURAN KLINIK KESIHATAN KEMENDOR, KERJASAMA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG SERI KESANG, PERPUSTAKAAN DESA KG. SERI KESANG DAN TABIKA KEMAS KG SERI KESANG SERTA PEDI KEMENDOR, PEDI AIR PANAS & PEDI SG RAMBAI.
Aktiviti terkini | 8 februari 2023Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Seri Kesang, Jasin Melaka
Nama VIP :
• Dr Syafiqah Syahirah binti Md Sahat (Klinik Kesihatan Kemendor).
• Tuan Haji Sabarudin binti Said (Pengerusi JPKK Kampung Seri Kesang).
• Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan kakitangan Klinik Kesihatan Kemendor.
Ringkasan Aktiviti :
• Untuk program bulan Februari PEDi Sg Rambai, PEDi Kemendor dan PEDi Air Panas telah dijemput untuk berkolaborasi bersama Perpustakaan Desa Seri Kesang untuk program Saringan Kesihatan Penduduk anjuran Klinik Kesihatan Kemendor.
• Pihak PEDi diminta untuk menyediakan aktiviti berkaitan Klik dengan Bijak bagi memeriahkan program ini.
• Program ini berjalan selama 2 jam bermula jam 2.30 pm sehingga 5 pm.
• Antara aktiviti yang dijalankan adalah ujian saringan kesihatan, pendaftaran PEKA B40, ujian saringan minda, ujian pap smear, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan kuiz crossword Klik dengan Bijak.
Tujuan :
• Saringan kesihatan bertujuan untuk mengesan dan mengurangkan risiko penyakit atau merawatnya dengan lebih efektif.
• PEKA B40 pula ialah inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD). Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
gula, saringan minda, ujian pap smear dijalankan bagi pengunjung yang hadir ke program ini.
• Dalam masa yang sama, pertandingan mewarna telah dijalankan untuk peserta kanak-kanak Tabika Kemas Kg Seri Kesang dan kuiz crossword Klik dengan Bijak telah diedarkan kepada pengunjung dewasa yang telah mendaftar.
• Seramai 15 orang peserta yang menyertai aktiviti kuiz Klik dengan Bijak telah diberikan saguhati oleh pihak PEDi.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mengesan keadaan kesihatan atau penyakit dengan lebih awal.
• Mengetahui dan mengwar-warkan peranan Pusat Ekonomi Digital.
• Pengunjung dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan di PEDi dan Perpustakaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :