PROGRAM KEUSAHAWANAN : BASIC TIKTOK CREATIVE CONTENTS, BASIC TIKTOK ADS & BASIC FINANCE MANAGEMENT

Aktiviti terkini | 15 September 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Taman Muhibbah Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Merlimau,PEDi Serkam dan PEDi Kemendor untuk mengadakan Program Keusahawanan.
• Program ini dibahagi kepada 2 sesi iaitu sesi pagi yang melibatkan tajuk Basic Tiktok Creative Contents, manakala sesi petang melibatkan tajuk Basic Tiktok Ads & Finance Management.
• Rakan Digital Sg Rambai Cik Noraidah dan Rakan Digital Encik Hanif bertanggungjawab sebagai tenaga pengajar bagi program ini.

Tujuan :
• Menyediakan pengetahuan serta kemahiran yang penting kepada usahawan dalam mengembangkan konten kreatif Tiktok, memahami konsep iklan Tiktok, dan menguasai asas pengurusan kewangan.
• Melalui kombinasi kelas-kelas ini, peserta diberi keupayaan untuk mengoptimumkan potensi perniagaan mereka dalam era digital.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Seramai 10 orang yang terdiri daripada usahawan Merlimau dan Sungai Rambai terlibat untuk program ini.
• Pada sesi pagi, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada platform Tiktok yang kini menjadi trend semasa dan bagaimana cara untuk membuat konten yang menarik mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka menggunakan aplikasi Capcut.
• Pada sesi petang pula, peserta mempelajari cara membuat iklan mudah di Tiktok dan konsep pengurusan kewangan perniagaan dan starategi pengurusan kewangan untuk jangka masa panjang.

Kelebihan Aktiviti :
• Memahami strategi pembuatan konten menarik di platform Tiktok.
• Mengenali aplikasi Capcut.
• Menyedari kaedah berkesan untuk menggunakan iklan Tiktok dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan para usahawan.
• Menguasai asas pengurusan kewangan untuk perniagaan.
• Mengetahui aktiviti-aktiviti dan program PEDi.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :