Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.
Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.
Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.
Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM SENI KREATIF: MEMBUAT ORIGAMI
Aktiviti Terkini | 11 Disember 2022Melatih kebolehan kreatif kanak-kanak...........baca selanjutnya
SHOPEE MASTERCLASS PEMASARAN : CARA MEMASARKAN PRODUK ANDA DENGAN STRATEGIK
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022Untuk mengajar penjual cara memasarkan produk mereka secara strategik di Shopee menggunakan alat penjual di Pusat Penjual............baca selanjutnya
PSAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DI TADIKA SINARAN MURNI, JASIN
Aktiviti Terkini | 15 November 2022Memberi pendedahan meluas kepada komuniti setempat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia...........baca selanjutnya
PROGRAM SUKANEKA SEMPENA HARI KANAK-KANAK
Aktiviti Terkini | 13 November 2022Memperkenalkan PEDi kepada para peserta dan ibu bapa..........baca selanjutnya
PROGRAM MERLIMAU CERIA ANJURAN JAPERUN MERLIMAU
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2022Memberi pendedahan meluas kepada komuniti setempat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan peranan Rakan Digital. .........baca selanjutnya
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2022Kursus Latihan pengendalian makanan adalah kursus yang wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia..........baca selanjutnya
BENGKEL MEMBUAT VIDEO MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti Terkini | 22 September 2022Mendedahkan asas dan fungsi perisian Canva dan cara mudah membuat video menggunakan aplikasi ini. .........baca selanjutnya
PROGRAM SEMANGAT KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara PEDi Serkam, PEDi Merlimau dan PEDi Sungai Rambai...........baca selanjutnya
BENGKEL KELAS MICROSOFT POWERPOINT (INFOGRAFIK) PELAJAR TINGKATAN 4 EKONOMI SMK SIMPANG BEKOH JASIN MELAKA
Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022Mendedahkan asas Microsoft Powerpoint dan cara membuat infografik menggunakan fungsi yang ada dalam perisian ini. ............baca selanjutnya
WEBINAR PUPUK @ SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2022Menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM..............baca selanjutnya
BENGKEL KELAS MICROSOFT POWERPOINT BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN MERLIMAU MELAKA
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2022Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai perisian persembahan.............baca selanjutnya
WEBINAR PROGRAM PENERIMAAN DIGITAL MDEC @ PEDI
Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022Untuk menyalurkan maklumat mengenai teknologi digital, alatan dan program-program kemahiran bagi membantu komuniti setempat............baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PARIT PENGHULU BENTENG SG RAMBAI
Aktiviti Terkini | 1 April 2022Membantu kanak-kanak belajar mengawal pensel warna dan mengawal pergerakkanya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis. ..........baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN ANJURAN LPPKN DENGAN KERJASAMA PEDI SG RAMBAI & PEDI SERKAM
Aktiviti Terkini | 26 & 27 Mac 2022Kafeteen adalah pusat remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ..........baca selanjutnya
JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA JPKK DUN SUNGAI RAMBAI
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022Mengadakan jamuan makan malam untuk meraikan pelantikan JPKK Dun Sungai Rambai yang baru dilantik disamping sesi perkenalan ahli jawatankuasa yang baru..........baca selanjutnya
VIDEO PEMBELAJARAN ICT : MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN APLIKASI RESUME BUILDER & CV MAKER
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Berkongsi tentang cara mudah membuat resume dengan menggunakan aplikasi Resume Builder & CV Maker..........baca selanjutnya
VIDEO PEMBELAJARAN ICT : MEMBUAT VIDEO MENGGUNAKAN APLIKASI SYNTHESIA.IO
Aktiviti Terkini | 10 Januari 2022Berkongsi tentang cara menggunakan Aplikasi Synthesia.io...........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya