PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN PENYERAHAN SIMCARD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti terkini | 9 Februari 2023Tempat Aktiviti:
SMK Iskandar Shah Jasin, Melaka
Nama VIP :
• Puan Fareha, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
• Puan Khadijah binti Mohd Abdul Karim, Guru Penyelaras Bestari SMK Iskandar Shah.
Ringkasan Aktiviti :
• Pada 9 Februari 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Melaka bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin telah menganjurkan program taklimat Klik dengan Bijak dan edaran simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada para pelajar SMK Iskandar Shah, Jasin Melaka. Dalam pada itu, SKMM negeri Melaka turut berkolaborasi bersama
lima buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu PEDi Sg Rambai, PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Taman Paya Dalam, PEDi Klebang Besar dan PEDi Air Panas bagi menjayakan lagi program. Pengurus dari setiap PEDi telah menjadi wakil untuk program ini.
Tujuan :
• Program Klik dengan Bijak ialah satu kempen kesedaran awam tentang keselamatan internet yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Kempen ini disasarkan kepada golongan yang terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan penjaga.
• Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data disamping mempertingatkan produktiviti.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat Klik dengan Bijak bermula jam 8 pagi bertempat di perpustakaan SMK Iskandar Shah melibatkan seramai 24 orang pelajar Tingkatan 2 asas komputer.
• 5 topik iaitu Pengenalan PEDi, Pengantunan dalam Talian, Pengantunan Seksual, Buli Siber, dan Penggunaan Internet Bermasalah telah dikupas dan diterangkan kepada pelajar oleh staf PEDi.
• Kemudian, sesi penyerahan simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia telah dijalankan dan staf PEDi menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dalam pakej ini.
• Antara telco yang terlibat untuk program kali ini ialah YES dan Unifi.
• Seramai 79 pelajar Tingkatan 2 SMK Iskandar Shah telah menerima simkad ini.
• Program ini berakhir jam 2.00 petang dengan sesi fotografi.
Kelebihan Aktiviti :
• Keselamatan internet dapat dipraktikkan oleh para pelajar.
• Para pelajar tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika terlibat dengan masalah siber.
• Pelajar tahu tentang peranan Pusat Ekonomi Digital.
• Pelajar tahu tentang pakej yang ditawarkan oleh telco dalam Pakej Remaja Keluarga Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :