BENGKEL ASAS SHOPEE DAN SHOPEE SELLER CENTRE

Aktiviti terkini |18 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Sungai Rambai

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama Giatmara Sg Rambai menganjurkan bengkel asas Shopee dan Shopee Seller Centre kepada pelajar-pelajar tahun 2 Giatmara Sg Rambai jurusan kimpalan.
• Seramai 10 orang pelajar dari Giatmara Sg Rambai bersama 3 guru iringan telah menyertai kelas ini.
• Tenaga pengajar bagi bengkel asas Shopee ini ialah Rakan Digital Sg Rambai.

Tujuan :
• Mendedahkan platform e-dagang iaitu Shopee kepada pelajar-pelajar.
• Memperkenalkan Shopee Seller Centre kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menceburkan diri berniaga dalam platform Shopee.
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital kepada pelajar-pelajar.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama Giatmara Sg Rambai menganjurkan bengkel Asas Shopee dan Shopee Seller Centre kepada pelajar-pelajar jurusan kimpalan Giatmara Sg Rambai.
• Program ini juga dihadiri oleh staf dari PEDi Merlimau, PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Serkam Maju.
• Seramai 10 orang pelajar telah hadir dalam program ini.
• Program ini berlangsung bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.
• Dalam bengkel ini, pelajar telah didedahkan dengan Pengenalan Shopee, Pendaftaran Pengguna Shopee, Pendaftaran Shopee Seller Center, Cara Menaikmuat Produk Jualan, Pengurusan Pesanan dan Pengurusan Kewangan atau e-Wallet.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar-pelajar dapat belajar tentang platform e-dagang Shopee yang semakin meluas penggunaannya.
• Pelajar-pelajar dapat menjana ekonomi tambahan melalui platform Shopee ini dengan menjual produk ciptaan mereka sendiri.
• Mendedahkan peranan Pusat Ekonomi Digital dan Rakan Digital kepada komuniti dan agensi.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :