PROGRAM MICRO:BIT

Aktiviti terkini | 17 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Seri Kemendor

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung di PEDi Taman Seri Kemendor dengan kerjasama PEDi Sg Rambai, PEDi Serkam Maju, PEDi Klebang Besar dan PEDi Taman Muhibbah Merlimau.
• Program bermula jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 6:00 petang.
• Pengurus PEDi Taman Seri Kemendor telah menjadi tenaga pengajar untuk program ini.
• Lebih kurang 12 orang peserta telah menyertai program ini.

Tujuan :
• Mendedahkan tentang asas elektronik, pengaturcaraan dan membina projek ringkas kepada para peserta.
• Mengwar-warkan aktiviti-aktiviti dan kelas-kelas yang akan diadakan oleh PEDi.
• Memperkenalkan fungsi Pusat Ekonomi Digital kepada para peserta dan komuniti.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung secara fizikal di PEDi Taman Seri Kemendor dengan kolaborasi bersama PEDi Sg Rambai, PEDi Merlimau, PEDi Serkam Maju dan PEDi Klebang Besar.
• Program bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 6:00 petang.
• Program bermula dengan pendaftaran peserta bermula jam 9.45 pagi.
• Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
• Untuk program ini, peserta didedahkan dengan 2 pembelajaran iaitu Pengajaran 1 dan Pengajaran 2.
• Bagi Pengajaran 1, peserta mempelajari ilmu asas Micro:bit dan asas coding menggunakan Makecode.
• Bagi Pengajaran 2 pula, peserta didedahkan dengan cara membuat origami serigala, sambungan wayar LED, dan peserta diuji dengan memastikan mata serigala mengelip menggunakan LED.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta terutamanya kanak-kanak dapat mempelajari ilmu asas elektronik dan coding dalam pembelajaran.
• Menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti dan program-program yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital.
• Memupuk semangat kerjasama dan kreativiti dalam kalangan peserta.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :