KELAS ASAS KEUSAHAWAN DAN ASAS KEWANGAN
Aktiviti terkini |24 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Sungai Rambai
Ringkasan Aktiviti :
• Seorang usahawan perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik supaya perniagaan mereka memiliki persediaan awal awal untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dalam perniagaan dan juga sebagai dorongan pada masa hadapan.
• Oleh itu, PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama tenaga pengajar dari Giatmara Sg Rambai untuk membantu menyampaikan ilmu tentang asas keusahawanan dan asas kewangan kepada usahawan-usahawan PEDi Sg Rambai.
• Program ini juga dihadiri oleh staf PEDi Merlimau, PEDi Serkam Maju dan PEDi Taman Seri Kemendor.
Tujuan :
• Membantu usahawan untuk mengetahui cara- cara untuk menjadi usahawan yang berjaya.
• Membantu usahawan mengetahui di mana fasa yang mereka sukar untuk buat dalam memajukan perniagaan mereka.
• Membantu usahawan-usahawan dalam menyediakan bajet kewangan masa hadapan untuk perniagaan mereka.
• Membantu usahawan-usahawan cara menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan betul dan teratur.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama tenaga pengajar Giatmara Sg Rambai untuk menjalankan kelas asas keusahawan dan asas kewangan di PEDi Sg Rambai bersama para usahawan-usahawan PEDi.
• Program ini telah disertai oleh 6 orang usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan.
• Program ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 6.00 petang. Sesi pagi, asas teori keusahawan dan sesi perkenalan telah dijalankan manakala sesi petang, usahawan didedahkan dengan cara pengurusan kewangan mereka secara teori dan praktikal.
Kelebihan Aktiviti :
• Usahawan lebih faham tentang cara-cara untuk menjadi usahawan yang Berjaya.
• Usahawan lebih memahami cara untuk menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih teratur dan bijak.
• Komuniti tahu tentang aktiviti dan program PEDi Sg Rambai pada masa akan datang.
Nama VIP :
• Encik Muhamad Syah bin Drs Lahmuddin Yusuf Tenaga Pengajar Giatmara Sg Rambai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :