Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SEMBANG SANTAI BERSAMA BELIA NEGERI MELAKA

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2020

Memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti...baca selanjutnya

KELAS ONLINE MICROSOFT PUBLISHER

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2020

Mendekatkan diri dengan masyarakat...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT

Aktiviti Terkini | 8 & 28 November 2020

Mengajar subjek reka bentuk dan sains kepada pelajar...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE SESSION ON KDB TALK

Aktiviti Terkini | 15 November 2020

Memperkenal dan menerangkan fungsi PIK kepada masyarakat...baca selanjutnya

SENAMAN PAGI BERSAMA TADIKA KEMAS PARIT PENGHULU BENTENG

Aktiviti Terkini | 5 November 2020

Meningkatkan kecerdasan fizikal...baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE 3.0

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2020

Membantu meningkatkan hasil jualan usahawan ...baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE 2.0

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2020

Membantu usahawan dalam mempromosikan produk mereka...baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE 1.0

Aktiviti Terkini | 14 September 2020

Membantu usahawan dalam mempromosikan produk mereka...baca selanjutnya

KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK DEKORASI HIASAN DALAMAN

Aktiviti Terkini | 8 - 10 September 2020

Mempelajari dekorasi hiasan dalaman...baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 (ONLINE)

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Mengetahui lebih maklumat berkenaan MIV...baca selanjutnya

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2020

Menyemarakkan suasana bulan merdeka...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN & PERTANDINGAN PAKAIAN KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2020

Memupuk semangat cinta akan negara...baca selanjutnya

KONVOI KEMERDEKAAN DAN PENYERAHAN BENDERA JALUR GEMILANG

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2020

Menyemarakkan suasana bulan merdeka...baca selanjutnya

MALAYSIA 1ST ONLINE SAFETY TRAINING

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2020

Taklimat mengenai kebakaran...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2020

Memperkenalkan PI kepada komuniti...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

JOBS FAIR MALAYSIA

Aktiviti Terkini |7 March 2020

Memperkenalkan PI kepada komuniti...baca selanjutnya

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TIGA PENJURU

Aktiviti Terkini |22 Februari 2020

Memperkenalkan PI kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN ICT PELAJAR TINGKATAN 6

Aktiviti Terkini |3 Februari 2020

Memperkenalkan PI kepada pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR AKTA DAN KOD ETIKA KOMUNIKASI & PENYIARAN

Aktiviti Terkini | 22 Jan 2020

Memperkenalkan kesedaran dalam penggunaan Internet....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya