KURSUS TIKTOK SHOP FOR BUSINESS 2.0

Aktiviti terkini | 13 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sg Rambai

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung di Pusat Komuniti Desa Sg Rambai dengan kolaborasi bersama PEDi Sg Rambai dan Rakan Digital Sg Rambai.
• PKD Sg Rambai telah menjemput PEDi Sg Rambai untuk menjadi tenaga pengajar bagi kursus Tiktok Shop bagi usahawan-usahawan kecil sekitar Sg Rambai yang berminat untuk mengembangkan bisnes mereka ke platform E-dagang.
• Rakan Digital Sg Rambai yang merupakan ikon digital usahawan telah menjadi tenaga pengajar untuk kursus ini.


Tujuan :
• Memperkenalkan platform Tiktok Shop kepada usahawan-usahawan kecil yang berminat mengembangkan bisnes mereka di platform ini.
• Mengajar para peserta cara untuk mendaftar dan membuka kedai mereka di Tiktok.
• Memperkenalkan peranan Rakan Digital kepada usahawan-usahawan setempat.
• Mengwarkan peranan dan aktiviti-aktiviti PEDi Sg Rambai kepada komuniti.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung secara fizikal Pusat Komuniti Desa Sg Rambai.
• Program bermula dari jam 9:30 pagi sehingga 1:00 petang.
• Seramai 6 orang peserta yang terdiri dari usahawan kecil telah menyertai program ini.
• Rakan Digital menerangkan dengan terperinci kelebihan dan cara untuk membuka kedai kepada usahawan-usahawan.


Kelebihan Aktiviti :
• Mempelajari platform baru dalam mengembangkan bisnes mereka.
• Usahawan-usahawan dapat menambah pendapatan dengan menggunakan platform Tiktok Shop.
• Komuniti tahu peranan PEDi dan Rakan Digital.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :