INFORMASI TEMPATAN
Nama Penghulu : PENGHULU ARIF BIN HJ UMAR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) :
YB Datuk Hassan Bin Abdul Rahman
Exco Pertanian Dan Pembangunan Usahawan
Merangkap Ahli Dewan Undangan Sungai Rambai
Maklumat JKKK Sungai Rambai Tengah
Nama Pengerusi Jawatankuasa : Pn. Hjh. Sarimah Binti Katimin (2016-Kini)
Blog JKKK : www.gdwsungairambaitengah.blogspot.com
Facebok Fan Page JKKK : www.facebook.com/sungairambaitengah
Motto & Lambang JKKK Sungai Rambai Tengah
Sejarah Ringkas Kampung Parit Penghulu : Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu..
Populasi Penduduk
Kampung Parit Penghulu terkenal dengan sosio ekonomi pertanian dan pelancongan. Di mana, terdapat banyak petak sawah padi yang seluas mata memandang serta perkhidmatan Homestay dan Kampungstay yang menjadi tarikan bagi sesiapa yang berkunjung ke kampung ini khususnya warga kota sama ada di dalam mahupun di luar negara.
1. TENGKOLOK DENDAM TAK SUDAH
Tengkolok Dendam Tak Sudah merupakan satu tarikan pelancong dari Muar ke Melaka. Tengkolok ini menjadi lambang kesetiaan dan simbol perpaduan ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka serta kebanggaan masyarakat di DUN Sungai Rambai. Tengkolok dengan ketinggian 9.09 meter dan lilitan 84.5 meter itu melayakkannya dicatatkan sebagai rekod baharu Malaysian Book of Records (MBR).
2. Laman P. Ramlee & Saloma
Laman P. Ramlee & Saloma antara tarikan pelancong di Sungai Rambai. Walaupun binaan ini belum dijangka siap sepenuhnya pada 2017, dan belum dirasmikan ia sering menjadi tumpuan para pelancong beriadah di sini melihat keindahan kawasan rekreasi yang terletak berdekatan dengan Laman Belia.
3. LAMAN BELIA & SUNGAI RAMBAI GERBANG SELATAN
Gerbang Selatan terletak berdekatan dengan sempadan negeri Johor dan antara panorama yang dapat dilihat apabila pengunjung dari Johor melalui sempadan Melaka. Laman belia menjadi tumpuan penduduk sungai rambai beriadah setiap petang di samping menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil di kawasan ini. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk yang ingin menikmati keenakan masakan gerai luar..
4. JAMBATAN GANTUNG
Jambatan Gantung juga merupakan salah satu lagi tarikan pelancong ke Sungai Rambai. Terletak di sebelah Laman Deris iaitu bersebelahan dengan Laman Belia, jambatan gantung sepanjang lebih 50 meter ini menjanjikan panorama yang menarik dan sering menjadi tempat penggambaran bagi pengantin baru merakamkan memori indah di sini.
5. LAMAN DERIS & DEWAN RAMBAI ISTANA DERIS
Halaman Deris & Dewan Rambai Istana Deris menjadi tumpuan belia menjalankan aktiviti riadah pada setiap petang. Terdapat gelanggang futsal yang menjadi tumpuan anak muda mengeluarkan peluh setiap petang Terdapat juga gelanggang futsal dibuka pada sesi malam bagi mereka yang tidak berkesempatan beriadah di waktu petang
6. SUNGAI RAMBAI AERODOME
Sungai Rambai Aerodome juga menjadi tumpuan pelancongan di sini. Lapangan terbang kecil ini boleh menampung sehingga lebih 10 pesawat ringan mendarat dan menjadi tempat mendarat oleh pelawat dari dalam dan luar negara yang ingin ke Sungai Rambai. Lapangan terbang ini juga menjadi kawasan mendarat juruterbang amatur dari Lapangan Terbang besar Melaka. Video berkaitan Sungai Rambai Aerodome boleh ditonton di sini : https://www.youtube.com/watch?v=dOhx5SKXbG4
7. SAWAH PADI PARIT PENGHULU
Kampung Parit Penghulu terkenal dengan sosio ekonomi pertanian dan pelancongan. Di mana, terdapat banyak petak sawah padi yang seluas mata memandang serta perkhidmatan Homestay dan Kampungstay yang menjadi tarikan bagi sesiapa yang berkunjung ke kampung ini khususnya warga kota sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kawasan Keliling sawah padi digemari penduduk di sini sebagai tempat rekreasi setiap pagi & petang untuk berjoging mahupun melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal dan bersawah
Video Suasana Berjalan di Sawah Parit Penghulu: https://www.youtube.com/watch?v=7QXDlhIUJXg
8. Kem Benteng Negara
Kem Benteng Negara terletak di antara antara kawasan sawah Parit Penghulu yang terbentang luas. Ia menjadi tumpuan pelancong sejak ia dibuka tahun 2012. Pelbagai aktiviti seperti family day, camping dan explorace diadakan di sini. Kemudahan aktiviti bersukan seperti kayak dan aktiviti padang juga disediakan di Kem Benteng Negara.
Pejabat Pos
Klinik Kesihatan Sungai Rambai
Klinik Desa
Pasar Awam Sungai Rambai
Stesyen Minyak Sungai Rambai
RTC Sungai Rambai
Dua Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Rambai (Dari Muar-Melaka, Melaka – Muar)
MASJID BESAR AL-HASANAH SUNGAI RAMBAI
Masjid Ar-Ridhuan Parit Penghulu
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU
Sekolah Agama Parit Penghulu
Sekolah Kebangsaan Parit Gantong
Sekolah Agama JAIM Parit Gantong
Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
SJK (C) Chung Hwa Sungai Rambai
Tabika Kemas Parit Penghulu
Muhammad Hafiz Bin Amran
Celik IT
Umur:
20 tahun
No. Tel:
+60 11-3331 0794
Email:
kukichiBAKA@gmail.com
FB:
Kukichi artwork
Instgram:
Admiral_kukichi
Keahlian NADI:
5/5/2010
Bentuk Celik It:
Kemahiran melukis potret/manga/komik menggunakan perisian
Kisah Kejayaan:
Latar belakang:
Sebelum terbinanya NADI parit penghulu, saya seorang pelajar yang kekurangan ilmu ICT dan tidak tahu menahu tentang dunia ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Saya mempunyai bakat sebagai seorang pelukis, sebelum penglibatan NADI,saya hanya melukis menggunakan pensel dan pen (traditional tool). Saya selalu mencari cara untuk mempertingkatkan bakat yang saya ada ini demi mencapai cita-cita yang diimpikan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah saya mengetahui kewujudan NADI, saya mula menggiatkan diri Dalam aktiviti ICT seperti melayari Youtube demi mencari cara melukis yang baru dan cara inking setiap lukisan serta jenis-jenis garisan yang perlu diketahui. Penglibatan saya ke dalam PI1M juga membongkar cara baru saya melukis iaitu penggunaan tablet lukisan untuk menghasilkan lukisan secara digital. Justeru itu, kemahiran melukis saya meningkat ke tahap yang tidak disangka.
Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus NADI banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan NADI, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih kampung parit penghulu sebagai salah satu cawangan NADI di Sungai Rambai yang tercinta ini.
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhammad Hafiz Bin Amran:
Setelah saya menguasai teknik melukis secara digital , saya telah membuka page facebook saya sendiri demi berkongsi lukisan yang telah saya buat. Saya juga membuat komik apabila terdapatnya pertandingan online. Boleh lihat di page saya, di https://www.facebook.com/Kukichi-Artwork-420885601343839/
Merujuk gambar diatas, merupakan salah satu WIP (Work in progress) lukisan saya. Melalui penggunaan software Paint Tool Sai dan tablet lukisan, saya mampu membaiki teknik lukisan saya dengan bantuan tutorial yang sangat banyak di internet. Tutorial ini saya pelajari dari Youtube. Dengan adanya NADI terdekat di kawasan saya, saya mempunyai akses internet yang lebih mudah bagi mengembangkan teknik lukisan saya.
Gambar diatas merupakan salah satu page komik saya yang telah siap. Ianya memakan masa 2 jam hanya untuk satu page , ini kerana ianya melibatkan proses sketching, lining, inking & toning. Akhir sekali adalah penambahan dialog serta nombor muka surat. Semua langkah ini saya belajar sendiri menggunakan youtube sebagai platform & rujukan saya.
Saya juga telah melibatkan diri ke dalam komuniti Youtube dan telah memuat naik beberapa video hasil karya dan pengeditan yang saya pelajari dari kelas NADI. saya telah pandai mengedit serta menghasilkan video yang kreatif.
Nama Pengusaha : Suparman Bin Hj Abu
Produk : Homestay
Hubungi : 019-644 2380.
Nama Pengusaha : Rasli Bin Tumin
Produk : Batik
Hubungi : 012-339 7481
Nama Pengusaha : Sarimah Binti Katimin
Produk : Runcit
Hubungi :017-7071397
Nama Pengusaha : Norhayati Binti Rasidek
Produk : Bakul Rotan
Hubungi : -.
Nama Pengusaha : Haizat Bin Jahim
Produk : Burger
Hubungi : 013-6431181
Nama Pengusaha : Norazri Bin Ishak
Produk : Kedai Makan
Hubungi : -.