KURSUS ASAS WHATSAPP BUSINESS

Aktiviti terkini | 25 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Komuniti Desa Sg Rambai (PKD)

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah kolaborasi bersama PEDi Sg Rambai dan Pusat Komuniti Desa Sg Rambai.
• Pusat Komuniti Desa Sg Rambai telah menjemput staf PEDi Sg Rambai untuk menjadi tenaga pengajar Kursus Asas Whatsapp Business ini.
• Program bermula jam 9:30 pagi dan seramai 11 orang usahawan yang telah mendaftar untuk menyertai kursus ini.
• Rakan Digital PEDi Sg Rambai telah menjadi tenaga pengajar untuk kursus ini.


Tujuan :
• Untuk menggalakkan usahawan-usahawan menggunakan Whatsapp Business kerana ia lebih mudah untuk mereka yang berniaga.
• Memperkenalkan keistimewaan dan ciri-ciri yang ditawarkan dalam Whatsapp Business.
• Memperkenalkan PEDi dan peranan Rakan Digital kepada komuniti setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah berlangsung secara fizikal di Pusat Komuniti Desa Sg Rambai.
• Program bermula dari jam 9.30 petang sehingga 12.30 tengahari.
• Pendaftaran peserta bermula seawall jam 9.15 pagi.
• Program bermula dengan penerangan tentang Pusat Ekonomi Digital dan peranan Rakan Digital.
• Kemudian, asas dan ciri yang ada di Whatsapp Business diterangkan dan diperkenalkan oleh Rakan Digital.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengwar-warkan peranan PEDi dan Rakan Digital PEDi kepada usahawan dan komuniti setempat.
• Menggalakkan usahawan kecil untuk memulakan bisnes secara e-dagang.
• Membantu usahawan kecil mengembangkan bisnes mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :