Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Kampung Parit Penghulu merupakan salah satu kampung yang terdapat di dalam mukim Sungai Rambai. Ia sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sawah padi. Jarak kampung ini dari Pekan Sungai Rambai adalah kira-kira 6 km. Sungai Rambai terletak berhampiran dengan Kesang iaitu berdekatan dengan sempadan Johor. Kampung Parit Penghulu terletak di daerah Jasin dan juga dikenali sebagai Sungai Rambai Tengah.

Demang Hj. Jaafar bin Awang dilahirkan di Belemang pada tahun 1850. Anak kelahiran ini telah merantau dan membuka sebuah penempatan yang diberi nama kampung Sungai Rambai. Pembukaan Kampung ini dibantu oleh rakan-rakan setianya seperti Sidang Hamzah, Me’lah bin Abu Bakar dan Kerisik(Berketurunan Bugis yang merupakan rakan beliau yang paling rapat), Chung Liong, Chun Luang, An Ngi dan Ah Ding.

Selain dikenali sebagai seorang pendekar yang kebal beliau juga disegani kerana ilmu agamanya yang tinggi dan ketegasannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang Demang. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1944 dalam usia 94 Tahun. Rumahnya kini sekarang dimiliki oleh Encik Kamaruddin Bin Yaakob yang merupakan generasi ketiga Demang Jaafar yang bersedia untuk bekerjasama memulihara keaslian rumah ini sebagai tatapan pelancong dan juga pengkaji sejarah.

Kerja-kerja menaik taraf ini telah bermula pada Jun 2002 dan siap pada Ogos 2002 dengan dibiayai oleh kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kampung ini difahamkan dibina lebih kurang 100 tahun dahulu oleh penduduk asal yang mendatang dengan bergotong-royong menggali sebatang parit sepanjang 2 km yang diketuai oleh seorang penghulu dikenali sebagai Penghulu Jaafar dan penduduk bersetuju menamakan sebagai Kampung Parit Penghulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KURSUS HANDS ON AGRO BAZAAR ONLINE

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2024

NADI Sg Rambai berkolaborasi bersama NADI Taman Muhibbah Merlimau, NADI Taman Seri Serkam NADI Taman Sri Kemendor dan FAMA Melaka menganjurkan kelas kepada usahawan yang ingin memasarkan produk mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan serta produk-produk industri makanan dan asas tani....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA USAHWAN PEDi

Aktiviti Terkini | 3 Februari 2024

PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Serkam, PEDi Taman Muhibbah Merlimau dan PEDi Taman Seri Kemendor menganjurkan program keusahawanan bersama usahawan PEDi...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2024

PEDi Sungai Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Serkam dan PEDi Taman Muhibbah Merlimau menganjurkan Bengkel Keusahawanan Shopee kepada peserta yang ingin mencuba untuk memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi Shopee...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya