BENGKEL KELAS MICROSOFT POWERPOINT (INFOGRAFIK) PELAJAR TINGKATAN 4 EKONOMI SMK SIMPANG BEKOH JASIN MELAKA

Aktiviti terkini | 21 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik ICT SMK Simpang Bekoh

Nama VIP :
• Encik Ng Yih Joo
• Pn Hazlin binti Ramli


Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Jasin dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Jasin.
• Untuk bulan ini, SMK Simpang Bekoh telah meminta bantuan PEDi untuk mengadakan bengkel kelas Microsoft Powerpoint berkaitan dengan infografik bertajuk Antidadah


Tujuan :
• Mendedahkan asas Microsoft Powerpoint dan cara membuat infografik menggunakan fungsi yang ada dalam perisian ini.
• Menjana pemikiran kreatif pelajar dalam membina maklumat infografik tentang antidadah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sebanyak 3 sesi melibatkan 3 buah kelas Tingkatan 4 telah menyertai bengkel ini.
• PEDi Sungai Rambai bekerjasama bersama PEDi Air Panas, PEDi Kemendor dan PEDi Batang Melaka dalam menjayakan bengkel untuk sesi yang kedua dan melibatkan kelas seramai 20 orang pelajar dari Tingkatan 4 Ekonomi.
• Staf dari PEDi Air Panas telah menjadi tenaga pengajar manakala yang lain menjadi fasilitator dalam membimbing pelajar ketika bengkel sedang dijalankan.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar mengetahui cara membina infografik menggunakan fungsi yang ada dalam Microsoft Powerpoint.
• Pelajar dan guru tahu peranan PEDi dan PEDi yang adadi sekitar kawasan tempat tinggal mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :