BENGKEL MEMBUAT VIDEO MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti terkini | 22 September 2022

Tempat Aktiviti:
SMK Tun Syed Zahiruddin Merlimau Melaka

Nama VIP :
• Puan Rozila
• Puan Nur Ayu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Jasin dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Jasin.
• Untuk bulan ini, SMK Tun Syed Zahiruddin telah meminta bantuan PEDi untuk mengajar pelajar merekacipta video menggunakan aplikasi Canva.

Tujuan :
• Mendedahkan asas dan fungsi perisian Canva dan cara mudah membuat video menggunakan aplikasi ini.
• Menjana pemikiran kreatif pelajar dalam merekacipta video pendek dengan menggunakan bahan yang disediakan

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Bengkel ini melibatkan 19 orang para pelajar tingkatan 1 Berlian.
• Staf PEDi Batang Melaka telah menjadi tenaga pengajar dan PEDi Sg Rambai, PEDi Kemendor, PEDi Merlimau dan PEDi Serkam Maju menjadi fasilitator dalam membantu para pelajar untuk bengkel ini.
• Bahan yang digunakan untuk dimasukkan dalam video adalah matapelajaran Sains tingkatan 1

Kelebihan Aktiviti :
• Aplikasi Canva merupakan aplikasi percuma dalam pengeditan gambar, video, poster, dan lain-lain. • Pelajar dapat belajar cara mudah untuk membuat video dengan menggunakan templat sedia ada atau dengan mereka sendiri templat yang mereka mahu menggunakan kreativiti sendiri.
• Pelajar tahu tentang peranan PEDi dan PEDi yang ada di sekitar mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :