PROGRAM MERLIMAU CERIA ANJURAN JAPERUN MERLIMAU

Aktiviti terkini | 23 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Dataran Orang Kampung, Merlimau Melaka

Nama VIP :
YB Dr Akmal bin Saleh (ADUN Merlimau)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Merlimau, PEDi Sg Rambai, PEDi Serkam telah dijemput oleh pihak penganjur, iaitu Japerun Merlimau untuk membuka booth tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia di Program Merlimau Ceria pada Ahad, 23 Oktober 2022.

Tujuan :
• Memberi pendedahan meluas kepada komuniti setempat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan peranan Rakan Digital.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai, PEDi Merlimau, PEDi Serkam dan PEDi Taman Seri Kemendor telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.
• Pihak penganjur telah menyediakan satu booth khas untuk PEDi dalam program ini.
• Untuk bahan pameran, PEDi telah menyediakan brosur PEDi Kluster Jasin, brosur Rakan Digital dan beberapa brosur bahan Klik dengan Bijak.
• Untuk selingan aktiviti pula, kuiz dan crosswords Klik dengan Bijak disediakan bersama goodies hadiah untuk pemenang.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan PEDi kluster Jasin kepada komuniti.
• Dapat mendedahkan peranan PEDi dengan lebih meluas kepada komuniti setempat.
• Menambah ahli baru PEDi.
• Dapat memperkenalkan peranan Rakan Digital kepada usahawan atau bakal usahawan.
• Peluang untuk berkolaborasi dan bekerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :