BENGKEL KELAS MICROSOFT POWERPOINT BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN MERLIMAU MELAKA

Aktiviti terkini | 23 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik ICT SMK Tun Syed Zahiruddin

Nama VIP :
• Puan Siti Nur Ayu (Guru ICT SMKTSZ)
• Puan Roszilawati


Ringkasan Aktiviti :
Bengkel asas Microsoft Powerpoint telah diadakan di SMK Tun Syed Zahiruddin dengan kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin dengan PEDi Kluster Jasin. Sebanyak 4 PEDi iaitu PEDi Sungai Rambai, PEDi Air Panas, PEDi Merlimau dan PEDi Serkam terlibat dalam bengkel ini. Bengkel telah diadakan selama 2 jam dan melibatkan seramai 19 orang pelajar tingkatan 3 dan 2 orang guru SMK Tun Syed Zahiruddin Merlimau Melaka.


Tujuan :
• Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai perisian persembahan.
• Mengaplikasikan penggunaan Microsoft Powerpoint dalam pembentangan tugasan.
• Menjana pemikiran kreatif dan inovatif.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Staf dari PEDi Air Panas menjadi wakil untuk mengajar asas Microsoft Powerpoint manakala staf dari PEDi Sg Rambai, PEDi Merlimau dan PEDi Serkam menjadi fasilitator dan membantu pelajar semasa pembelajaran berlangsung.
• Untuk Sesi 1, staf mengajar dan menerangkan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Powerpoint.
• Untuk sesi 2, satu aktiviti telah dijalankan di mana pelajar perlu membuat satu biodata tentang diri mereka dengan mengaplikasikan semua yang telah diajari dan membuat hasil persembahan slaid yang kreatif.
• Seramai 3 orang pelajar secara sukarela membuat pembentangan slaid mereka di hadapan.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar dapat mempelajari asas Microsoft Powerpoint seperti menambah slaid baru, menukar design slaid, memuat naik gambar, membuat carta bar dan carta pie.
• Pelajar dapat mengetahui cara lain untuk membuat persembahan menjadi lebih menarik dengan penggunaan animations dan transitions.
• Pelajar dan guru mengetahu peranan PEDi dan senarai-senarai PEDi yang ada di sekitar tempat tinggal mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :