SHOPEE MASTERCLASS PEMASARAN : CARA MEMASARKAN PRODUK ANDA DENGAN STRATEGIK

Aktiviti terkini | 11 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Serkam

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Untuk program bulan Disember, PEDi Sg Rambai berkolaborasi dengan PEDi Serkam dan PEDi Merlimau, menganjurkan program seni kreatif, iaitu origami kertas.
• Origami kertas berbentuk ikan telah diajar dalam program ini.
• Seramai 12 orang kanak-kanak telah menjadi peserta dalam program ini.

Tujuan :
• Melatih kebolehan kreatif kanak-kanak.
• Membuat origami dapat mendidik kanak-kanak melaksanakan sesuatu tugas dengan tertib dan sempurna.
• Memupuk konsentrasi kanak-kanak dalam arahan yang diberikan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Origami adalah seni Jepun yang melalui melipat kertas atau kain untuk menghasilkan angka dan bentuk yang berbeza.
• Kanak-kanak menonton video membuat origami berbentuk ikan melalui Youtube.
• Kemudian, kanak-kanak diberi masa untuk membuat origami ikan tersebut mengikut apa yang mereka telah tonton dengan bimbingan staf.
• Kanak-kanak yang menghasilkan origami yang kemas diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk sifat konsentrasi dan daya ingatan terhadap kanak-kanak.
• Kanak-kanak dapat belajar seni origami secara santai.
• Mengwar-warkan peranan dan aktiviti yang dijalankan oleh PEDi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :