PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN ANJURAN LPPKN DENGAN KERJASAMA PEDI SG RAMBAI & PEDI SERKAM
Aktiviti terkini | 26 & 27 Mac 2022Tempat Aktiviti:
Balairaya Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai, Melaka
Nama VIP :
Cik Balqist Binti Ali: Teen Educator Kafeteen LPPKN Melaka
Ringkasan Aktiviti :
PEDi Sungai Rambai telah terpilih untuk menganjurkan Program Advokasi Kafeteen @ PEDi oleh LPPKN. Sebanyak 4 buah PEDi di Negeri Melaka telah terpilih untuk menganjurkan aktiviti ini.
Tujuan :
Kafeteen adalah pusat remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pelbagai jenis aktiviti seperti senamrobik, sukaneka, kuiz klik dengan bijak dan cari barang tersembunyi telah diadakan oleh PEDi Sg Rambai dengan kerjasama PEDi Serkam, PEDi Paya Dalam dan PEDi Merlimau.
• Untuk sesi bersama LPPKN, TE Qist telah mendedahkan kepada remaja tentang kepentingan seksual, cinta & couple, serta perubahan hormon dan bagaimana mengatasi masalah-masalah yang sering dialami kepada peserta remaja yang terlibat dalam program selama 2 hari ini.
Kelebihan Aktiviti :
• Remaja dapat memupuk semangat bersaing dan bekerjasama dalam aktiviti yang telah diadakan.
• Remaja dapat mengetahui apa langkah yang perlu diambil untuk menempuhi alam remaja dan dewasa.
• Kafeteen sebagai tempat remaja untuk meminta pertolongan jika mereka menghadapi masalah.
• Memperkenalkan nama baru PEDi dan fungsi PEDi kepada remaja dan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :