PROGRAM SEMANGAT KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 13 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Serkam

Nama VIP :
•TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara PEDi Serkam, PEDi Merlimau dan PEDi Sungai Rambai.
• Pertandingan mewarna bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dan kuiz kemerdekaan telah diadakan.
• Seramai 30 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.

Tujuan :
• Mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
• Mencungkil bakat peserta.
• Menguji pengetahuan am peserta tentang kemerdekaan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu peserta kuiz kemerdekaan dan kumpulan peserta untuk pertandingan mewarna.
• Bagi kuiz kemerdekaan, peserta perlu menjawab 10 soalan objektif bertemakan kemerdekaan dalam masa 10 minit.
• Peserta mewarna pula diberi masa selama 1 jam untuk mewarna lukisan yang disediakan dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta tahu tentang tema Hari Kemerdekaan tahun 2022.
• Peserta dapat mengetahui serba sedikit sejarah kemerdekaan negara.
• Peserta dan komuniti tahu peranan, tugas dan servis yang ada di PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :