PROGRAM SUKANEKA SEMPENA HARI KANAK-KANAK

Aktiviti terkini | 13 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Serkam

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara PEDi Sg Rambai, PEDi Serkam, PEDi Merlimau dan PEDi Taman Seri Kemendor sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut setiap 20 November tiap tahun.
• Pelbagai aktiviti seperti bawa bola pingpong menggunakan sudu, lari sambal kepit belon, lukisan kereta api, makan buah epal, rebut gula-gula dan juga program klik dengan bijak.
• Seramai 20 peserta kanak-kanak telah menyertai program sukaneka ini.

Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi kepada para peserta dan ibu bapa.
• Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat
• Meraikan hari kanak-kanak kepada peserta yang terlibat
• Memberi pendedahan kepada para peserta tentang program PEDi (KDB Talk).
• Memberi maklumat mengenai aktiviti yang telah dan akan dijalankan di PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8.30 pagi.
• Peserta diagihkan kepada 5 kumpulan iaitu merah, biru, kuning, hijau dan putih.
• Kategori pemenang bagi setiap aktiviti ialah tempat pertama, kedua dan ketiga.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
• Mencabar daya kreatif kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah.
• Memupuk semangat percaya kepada kebolehan diri.
• Memperkenalkan peranan PEDi kepada kanak-kanak dan ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :