SHOPEE MASTERCLASS PEMASARAN : CARA MEMASARKAN PRODUK ANDA DENGAN STRATEGIK
Aktiviti terkini | 9 Disember 2022Tempat Aktiviti:
Platform Online (Livestorm)
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
• Pihak Shopee telah menganjurkan kelas latihan pemasaran khusus untuk petugas-petugas PEDi.
• Kelas ini telah berjalan selama 2 jam melalui platform online Livestorm.
Tujuan :
• Untuk mengajar penjual cara memasarkan produk mereka secara strategik di Shopee menggunakan alat penjual di Pusat Penjual.
• Untuk mengajar penjual cara memaksimumkan keterlihatan produk/kedai mereka melalui Kempen Shopee dan iklan Shopee.
• Untuk mengajar penjual cara membawa trafik luar ke kedai Shopee mereka menggunakan Pengoptimuman Enjin carian.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Semua petugas PEDi telah dijemput untuk menyertai latihan ini.
• Pihak Shopee telah menerangkan secara terperinci tentang Marketing Centre, Acara Shopee, Shopee Ads, Jenis Shopee Ads dan Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) kepada petugas PEDi.
Kelebihan Aktiviti :
Petugas PEDi lebih memahami tentang cara untuk memasarkan produk dengan strategik dalam Shopee.
• Petugas PEDi dapat mengajar ilmu yang telah dipelajari kepada para usahawan PEDi dengan lebih yakin.
• Dapat menarik minat usahawan untuk memasarkan produk mereka dalam Shopee dengan lebih strategik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :