SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DI TADIKA SINARAN MURNI, JASIN

Aktiviti terkini | 15 November 2022

Tempat Aktiviti:
Tadika Sinaran Murni, Jasin

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai, PEDi Taman Seri Kemendor telah dijemput oleh Perpustakaan Desa Sri Kesang untuk mengadakan aktiviti bersama sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di Tadika Sinaran Murni, Jasin.
• Wakil staf dari PEDi Sg Rambai dan PEDi Taman Seri Kemendor dilantik menjadi juri bagi pertandingan peragaan busana bertemakan Putera dan Puteri.

Tujuan :
• Memberi pendedahan meluas kepada komuniti setempat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Mewar-warkan Program Klik dengan Bijak dengan lebih meluas kepada komuniti setempat.
• Memupuk sifat kreatif dan kerjasama antara kanak-kanak.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perpustakaan Desa Sri Kesang telah menjemput pihak PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Sg Rambai untuk bekerjasama dalam program yang akan dijalankan di Tadika Sinaran Murni sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak.
• Program bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
• Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan memperagakan busana, susun atur puzzle, program klik dengan bijak bagi ibu bapa, puzzle crossword KDB,dan aktiviti mewarna.

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti setempat dapat mengetahui peranan dan servis yang disediakan oleh Pusat Ekonomi Digital.
• Kanak-kanak dapat meraikan hari istimewa mereka.
• Berpeluang bekerjasama dengan agensi lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :