KURSUS HANDS ON AGRO BAZAAR ONLINE

Aktiviti terkini |7 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
Nadi Taman Muhibbah, Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
• NADI Sg Rambai berkolaborasi bersama NADI Taman Muhibbah Merlimau, NADI Taman Seri Serkam NADI Taman Sri Kemendor dan FAMA Melaka menganjurkan kelas kepada usahawan yang ingin memasarkan produk mereka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan serta produk-produk industri makanan dan asas tani.

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk membangunkan dan memudahkan perkhidmatan pemasaran yang cekap dan berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan, daya saing dan inovasi dalam industri agrobazaar serta meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• NADI Sg Rambai berkolaborasi bersama NADI Taman Muhibbah Merlimau, NADI Taman Seri Serkam NADI Taman Sri Kemendor dan FAMA Melaka menganjurkan kelas Agrobazaar Online di NADI Merlimau khas untuk usahawan yang berminat dengan asas tani.
• Seramai 3 orang peserta telah hadir dalam kelas ini.
• Kelas ini berlangsung dari pukul 9:30 pagi hingga 4:30 petang.
• Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada agrobazaar online,

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenali fungsi dan pertukaran nama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta perkhidmatan yang disediakan.
• Peserta dapat belajar mengenai platform Agrobazaar Online dengan lebih terperinci agar dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.
• Peserta dapat menjana ekonomi tambahan melalui platform Agrobazaar Online dengan menjual produk mereka sendiri atau tempatan.

Nama VIP :
• Puan Nur Fatihah binti Erwan Pegawai FAMA Negeri Melaka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :