STEM IOT – DIY TELEFON CAWAN
Aktiviti terkini |3 April 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Seri Serkam
Ringkasan Aktiviti :
• NADI Sg Rambai telah berkolaborasi bersama NADI Taman Seri Serkam dan NADI Taman Muhibbah Merlimau menganjurkan aktiviti STEM-IOT iaitu DIY Telefon Cawan.
• Dalam aktiviti ini, pelajar mempelajari cara membuat telefon menggunakan cawan kertas dan tali, kemudian pelajar dapat mendengar bunyi yang akan dihasilkan melalui fungsi getaran.
Tujuan :
• Aktiviti ini merangsang motor halus peserta dan belajar tentang bunyi yang dihasilkan oleh getaran apabila bercakap menggunakan cawan yang lain.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Taklimat daripada staf NADI.
• Peserta diberi kumpulan dan diberi cawan kertas dan tali.
• Peserta membuat ujikaji tentang bunyi yang dihasilkan oleh cawan kertas tersebut.
• Pembentangan daripada peserta tentang pemerhatian dan ujikaji mereka.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari cara bunyi yang dihasilkan melalui getaran.
• Peserta mempelajari apabila bercakap pada telefon cawan, getaran dalam cawan akan melalui tali dan sampai ke cawan yang lain dan akan bergetar juga.
• Merangsang motor halus pelajar.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :