BENGKEL KEUSAHAWANAN SHOPEE
Aktiviti terkini |25 Januari 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Serkam
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sungai Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Serkam dan PEDi Taman Muhibbah Merlimau menganjurkan Bengkel Keusahawanan Shopee kepada peserta yang ingin mencuba untuk memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi Shopee.
• Seramai 5 orang peserta yang menyertai bengkel ini.
• Tenaga pengajar bagi kelas ini ialah Rakan Digital PEDi Sg Rambai.
Tujuan :
• Memperkenal apa itu PEDi kepada para peserta.
• Mengeratkan silaturrahim antara semua peserta yang terlibat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
• asas perniagaan diatas talian (Shopee) dengan cara yang betul.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• PEDi Sg Rambai telah berkolaborasi bersama PEDi Serkam dan PEDi Taman Muhibbah Merlimau menganjurkan Bengkel Keusahawanan Shopee kepada peserta yang mendaftar.
• Seramai 5 orang peserta telah hadir dalam kelas ini.
• Kelas ini berlangsung dari puku 9:00 pagi hingga 3:00 petang.
• Peserta didedahkan dengan pengenalan Shopee dan mempelajari cara untuk membuat pendaftaran akaun Shopee serta membuat pendaftaran produk di dalam Shopee.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenali fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) serta perkhidmatan yang disediakan.
• Peserta dapat menerima pendedahan tentang bagaimana cara untuk mengiklankan produk perniagaan di dalam aplikasi Shopee.
• Peserta juga mendapat makluman mengenai aktiviti yang dijalankan di dalam PEDi.
• Peserta dapat menjana ekonomi tambahan melalui aplikasi Shopee dengan cara menjual produk mereka sendiri ataupun menjadi dropshipper.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :