PROGRAM HARI MERDEKA & HARI MALAYSIA DI SK TUN SRI LANANG
Aktiviti terkini |12 September 2024Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Tun Sri Lanang, Jasin Melaka
Ringkasan Aktiviti :
• NADI Sg Rambai bersama NADI Taman Seri Kemendor, NADI Taman Muhibbah Merlimau dan NADI Taman Seri Serkam telah berkolaborasi bersama Perpustakaan Desa Taman Sri Kesang, Jasin menganjurkan Program Hari Merdeka dan Hari Malaysia di SK Tun Sri Lanang, Jasin Melaka. Pelbagai aktiviti telah diadakan melibatkan guru, pelajar pra sekolah, pelajar Pendidikan khas dan pelajar darjah 1 hingga 6. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah kuiz kemerdekaan, teka bilangan kacang, teka jumlah muka surat buku, dan program mewarna Hari Kemerdekaan.
Tujuan :
• Memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan negara dalam kalangan pelajar.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Taklimat diberikan oleh Puan Rozita, iaitu Pengurus Perpustakaan Desa Sri Kesang kepada pelajar.
• Program dimulai dengan aktiviti kuiz melibatkan pelajar Tahun 1 dan seterusnya.
• Program mewarna melibatkan pelajar pra sekolah dan Pendidikan Khas juga berlangsung.
• Para guru dan staf sekolah terlibat dengan aktiviti teka muka surat buku dan jumlah kacang dalam balang.
• Cenderahati dan hadiah diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan betul.
Kelebihan Aktiviti :
• Menghargai jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu.
• Menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
• Pelajar tahu dan cakna dengan Sejarah kemerdekaan negara.
Nama VIP :
• Encik Abdul Malek bin Md Sam (Guru Besar, SK Tun Sri Lanang, Jasin)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :