Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi
13, 20 & 27 April 2018 | Jumaat
11.00 pagi - 12.30 tengahari | Sekolah Kebangsaan Asahan, Sekolah Kebangsaan Chabau & Sekolah Kebangsaan Nyalas, Melaka
Tujuan:
• Mengeratkan hubungan PI1M dengan masyarakat luar seperti para pelajar dan juga pihak yang berwajib.
Kelebihan:
Merapatkan hubungan kerjasama di antara pihak pengurusan PI1M dengan pihak sekolah.
Selain itu, para pelajar juga mengetahui bahayanya media sosial jika mereka tersilap langkah.
Mereka juga didedahkan kepada siapa mereka perlu mengadu dan bertindak jika mereka di situasi tersebut.
Diharap dengan perkongsian ini, para pelajar dapat mengambil iktibar dan juga pengetahuan yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan mereka terutama ketika di media sosial.
Penglibatan:
Para pelajar sekolah.
Perlaksanaan Aktiviti:
Memberi penerangan dan taklimat serta bersoal jawab dengan para peserta berkenaan keburukan dan kelebihan media sosial.
Mengajar mereka cara untuk menyemak sesuatu maklumat sama ada benar atau palsu sebelum ditularkan.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:
Sekolah Kebangsaan Asahan, Melaka
Sekolah Kebangsaan Chabau, Melaka
Sekolah Kebangsaan Nyalas, Melaka