Cara Menggunakan WiFi Komuniti (WK) | Versi 1.0 Rev 1 Disember 2015

Inisiatif WiFi Komuniti (WK) adalah satu program di bawah MCMC dalam menyediakan perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di lokasi-lokasi yang terpilih terumatanya kawasan luar bandar di seluruh negara. Kini WK telah pun wujud di sekitar PI1M Sungai Rambai dengan tiga(3) Access Point utama iaitu di hadapan PI1M, di Masjid Ar Ridhuan dan di Kolam Pancing Parit Penghulu. Penggunaan wifi ini secara dasarnya adalah percuma, namun untuk akses internet memerlukan nama pengguna dan kata laluan yang betul dan sah. Berikut diberikan tutorial cara-cara mendaftar sebagai pengguna baru WiFi Komuniti :

1. Sambung ke mana-mana WiFi Komuniti (WK) yang mempunyai liputan paling tinggi dengan kawasan anda. WK ini biasanya mempunyai pelbagai nama dikenali sebagai APA, APB dan APC. Ini mewakili "Access Point A/B/C"

2. Buka apa-apa laman web menggunakan browser sedia ada di dalam peranti anda. Contohnya, PC/Laptop : Google Chrome ; Android : Android Browser. Sesetengah peranti akan membuka secara automatik laman web untuk login seperti di bawah :

3. Sekiranya anda tidak diarahkan ke laman web seperti di atas, sila taip di browser : 192.168.1.1 untuk mendapatkan paparan tersebut.

4. Klik butang "Daftar Akaun Baru" sekiranya anda kali pertama menggunakan wifi ini. Borang seperti paparan berikut akan keluar setelah anda klik pada butang "Daftar Akaun Baru":

5. Sila isikan butiran peribadi anda dengan betul di petak yang disediakan. Pada peranti smartphone, anda perlu menggunakan teknik pinch untuk zoom in dan zoom out semasa mengisi borang ini. Setelah siap, sila klik butang "Saya bersetuju dengan syarat dan peraturan sebagai pengguna baru" setelah anda habis membaca syarat-syarat yang dipaparkan

6. Sila salin dan simpan nama pengguna dan kata laluan yang dipaparkan. Nama pengguna dan kata laluan tersebut boleh digunakan di mana-mana WK sekitar PI1M yang berhampiran iaitu PI1M Sungai Rambai. Klik pada pautan "Klik di sini untuk log masuk" untuk pergi ke paparan utama.

7. Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang diperolehi.

Peringatan : Sila simpan nama pengguna dan kata laluan di tempat selamat dan ingat sehingga anda meninggal dunia. Gunakan nama pengguna dan kata laluan yang sama setiap kali ingin log masuk. Pendaftaran seperti ini dilakukan hanya sekali sahaja.

Pautan ke FAQ WiFi Komuniti di laman web SKMM

Disediakan Oleh - Izwan

klik untuk kembali ke utama..