Arkib Aktiviti 2014

Januari 2014

Pertandingan Feed Fribbit Colours | 19 Januari 2014

Pertandingan Feed Fribbit merupakan satu petandingan aplikasi flash di mana peserta diuji melakukan operasi penambahan secara congak dalam masa terpantas dan tepat. Melalui permainan ini, peserta lebih bersemangat menyelesaikan masalah matematik congak di sekolah...
Februari 2014

Photoscape Season 1 | 9 Februari 2014

Pertandingan Photoscape Season 1 Menguji kemahiran peserta menggunakan perisian Photoscape mengedit gambar mengikut kreativiti mereka. Di dalam pertandingan ini, peserta dinilai berdasarkan KREATIVITI, KEPENGGUNAAN dan UNSUR JENAKA.
KREATIVITI - peserta diuji sejauh mana mereka menyesuaikan gambar dengan warna pilihan mereka.
KEPENGGUNAAN - peserta diuji skill mereka menggunakan Photoscape sepenuhnya dan juga dinilai kesesuaian dengan gambar.
UNSUR JENAKA - peserta bebas meletakkan caption dialog sebagai tambahan menjadikan gambar lebih bermakna.
Di dalam pertandingan ini, peserta diberikan 5 gambar berdasarkan situasi harian. Mereka diberi pilihan 1 gambar sahaja untuk diedit dalam masa setengah jam.
Mac 2014

Hari Kraf Parit Penghulu | 24 Mac 2014

Hari Kraf telah diadakan di Balairaya Kg Parit Penghulu Benteng bagi tujuan mengharumkan kembali karya kraftangan penduduk Kg Parit Penghulu Benteng khususnya dengan menjemput VIP YB Hassan DUN Sg Rambai sebagai tetamu kehormat..

April 2014

Pertandingan Mini 4WD | 6 April 2014

Satu pertandingan memasang kereta mini 4WD telah diaadakan. Pertandingan ini diadakan bagi menguji kemahiran peserta memasang kereta mini dengan cermat dan kemas.
Mei 2014

Pertandingan 3D Puzzle Season 1 | 18 Mei 2014

Pertandingan memasang puzzle 3D yang terdiri daripada kepingan kayu . Pertandingan ini menguji peserta akan kesungguhan dan kesabaran memasang komponen puzzle kayu yang kecil dan mudah patah untuk mendapatkan hasil yang terbaik..
Jun 2014

Pertandingan Feed Me More | 22 Jun 2014

Pertandingan Feed Me Moar! menguji kemahiran kritis dan kreativiti peserta menyelsaikan puzzle. Ia merupakan permainan flash game yang popular ketika itu..
Link permainan : http://coolmath-games.com/0-feed-me-moar/index.html
Julai 2014

Pertandingan Coloured Squared | 20 Julai 2014

Pertandingan ini menguji kemahiran congak sifir darab peserta di mana peserta perlu mengira congak formula yang disediakan dan mewarnakan dengan warna hitam bagi petak jawapan sehingga membentuk suatu objek dalam bentuk dot iaitu singa..
Ogos 2014

Klik Dengan Bijak @ SMK Sultan Abu Bakar Muar | 20 Ogos 2014

Satu program kesedaran keselamatan internet Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di SMK Sultan Abu Bakar Muar. Program disertai lebih 200 orang pelajar yang sangat mesra dan peramah. Kami berharap dapat berkunjung lagi ke sekolah ini pada masa akan datang
September 2014

Pertandingan Cartoon Puzzle | 13 September 2014

Pertandingan cartoon puzzle menguji kemahiran peserta memasang puzzle pada masa yang ditetapkan iaitu satu jam..
Oktober 2014

Kuiz Maal Hijrah | 26 Oktober 2014

Satu kuiz sempena maal hijrah 1436H telah diadakan bagi menguji pengetahuan am peserta di dalam mengenali baginda Nabi Muhammad S.A.W
November 2014

Pertandingan Mewarna Tabika Kemas | 20 November 2014

Tabika Kemas Pt Penghulu Benteng dengan kerjasama PI1M Sg Rambai telah mengadakan satu pertandingan mewarna kanak-kanak bersama ibu bapa
Disember 2014

Gotong Royong 2014 | 14 Disember 2014

PI1M Sg Rambai telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar Balairaya & PI1M untuk menceriakan lagi kawasan. Gotong royong ini mendapat sambutan yang menggalakkan..